Sinetron?... nak citer pasal sinetron yg skrg ni mmg tgh best la aku tgk emmm.... Sejuta Cinta Marshanda n Kejora Dan Bintang..... rancangan yg skrg ni ditayangkan di saluran TV3 dan Astro Ria.... memang syok la citer tu.....
Mcm2 perasaan ada klu tgk citer tu.... ada gembira, kelakar, sedih dan geram.... tu yang buat penasaran nak tgk je.... hehehe... lg2 pelakon hero dlm citer tu... sape ek?.... ooo.. Baim Wong...
<sinopsis>
Marshanda atau chacha seorang gadis cantik dan jujur dlm mendapatkan cinta sejati telah terperangkap dlm cinta tiga segi. Chaca sebelum ni bercinta dgn Delvin telah terpisah kerana ibu Delvin yang sangat membenci Chacha kerana dari keluarga yg meskin. Ibu Delvin bertambah marah apabila tahu ibu Chacha adalah teman lamanya dulu. Satu rahsia antara ibu Delvin dan ibu Chacha telah membuatkan hubungan Chacha dan Delvin bertambah rumit. Apa akan terjadi pada hubungan pasangan ini gara2 kisah silam yg berlaku antara ibu mereka. Saksikan di TV3, jam 2ptg setiap isnin - khamis.
<sinopsis>
Kejora seorang gadis yg cantik, ceria dan kaya. Mempunyai seorang adik bernama Bintang yg pandai bemain piano. Papanye Pak Ryan menikah lagi dgn Hanifa seorang janda beranak satu bernama Janet. Tp malangnye Hanifa dan Janet sangat jahat dan kejam dan sangat membenci Kejora dan Bintang. Satu hari, secara tidak sengaja beg kejora tertukar dgn beg seorang pemuda bernama Erlangga cucu seorang pengusaha terkenal tetapi mempunyai sikap yg sombong, manja dan keras kepala. Gara2 beg itu, Kejora dan Erlangga selalu ada salah faham dan mereka saling membenci. Kejora tidak tahu yg Erlangga adalah kekasih Janet. Satu hari, Pak Ryan kecelakaan dan meninggal dunia. Hanifa dan Janet mengambil peluang untuk mengusir Kejora dan Bintang dari rumah bagi membolot semua wang insurans nyawa Pak Ryan, berbagai dugaan yg ditempuhi Kejora dan Bintang saat mereka dlm kesusahan apalagi Hanifah dan Janet menginginkan Bintang mati kerana satu rahsia. Apakah rahsia itu? sama2 kita saksikan kesudahan citer Sinetron Kejora Dan Bintang di Astro Ria, jam 6.30ptg setiap isnin - jumaat.
No comments:
Post a Comment